Pengalaman Memperbaharui Passport Pada Hujung Minggu

1:29 PTG



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh para blogger..

Bercakap pasal perbaharui passport pada hujung minggu ini, memang sangat-sangat memenatkan. Tujuan aku perbaharui passport adalah untuk bersiar-siar di negara jiran kita iaitu krabi, THAILAND. Tapi untuk post kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman semasa memperbaharui passport pada hujung minggu di Pejabat Imigresen Kelana Jaya.

Okay, aku dan isteri pergi ke pejabat imigresen pada pukul 8.15 pagi dan kami terkejut sebab tersangatlah ramai orang sedang beratur untuk ambil no. giliran. hahaha korang bayangkanlah ini no. giliran kami
1161 & 1162 . Terlampau ramai orang nak jalan-jalan luar dari Malaysia ni. hahaha. Ini cabaran yang aku tempuhi dari awal sampailah passport aku siap:-

  • Beratur untuk mengambil no. giliran selama 20 minit. Untuk makluman korang, no. giliran yang disediakan oleh pihak imigresen adalah terhad. So siapa-siapa yang bermimpi nak datang lewat, memang ikut nasib koranglah.
  • Menunggu selama 3 jam barulah no. giliran kami dipanggil untuk urusan cap jari, photoshoot dan pengesahan
  • Untuk pembayaran pula kenalah tunggu lagi selama 20minit. Sebab urusan pembayaran di kaunter lain. Kadar bayaran passport terbaru 2015 adalah seperti berikut:-
    • Permohonan biasa berumur 12 tahun hingga 59 tahun: RM200
    • Pemohon warga emas iaitu 60 tahun ke atas: RM100
    • Pemohon kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah: RM100
    • Jemaah haji: RM100
    • Pelajar yang mengikuti pengajian luar negara: RM100
    • OKU: Percuma tiada bayaran
Berita gembira untuk kaki travel di Malaysia. Untuk makluman korang, passport antarabangsa Malaysia untuk 2 tahun telah dimansuhkan. So kadar bayaran diatas adalah untuk tempoh sah laku 5 tahun.
  • Pembayaran sudah dibuat, kami disuruh datang keesokkan harinya untuk kutip passport baru dan lama kerana jam sudah menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Dibawah korang boleh tengok Waktu Operasi Urusan Passport (Pejabat Imigresen Kelana Jaya):-

sabtu & ahad dibuka pada 8.00pagi - 1.00tengahari untuk urusan passport sahaja

Pak guard yang jaga Pejabat Imigresen mencadangkan supaya datang pada hari minggu (isnin-jumaat) sebab orang kurang pada hari minggu. Tapi itulah, masa bekerja memang lecehlah nak minta keluar sekejap kan.
  • Keesokkannya kami datang dengan harapan yang membara untuk kutip passport baru. Yang penting kami tidak sabar untuk melihat gambar terbaru kami dalam passport.wahahaha. Passport lama akan dipotong bahagian tepi maknanya sudah tidak sah untuk digunakan lagi.
Kalau korang memang rajin nak tempuh segala cabaran diatas ini, korang bolehlah datang pejabat imigresen Kelana Jaya pada hujung minggu. Caiyok-caiyok!

Sekian, terima kasih. 

Sharing is caring =)

You Might Also Like

8 comments

  1. *negara jiran kita iaitu krabi, THAILAND.*

    Hurm, tak tahu la admin ni dlu sekolah mane, ayat tunggang langgang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha baca dengan nada yang harmoni please.

      *negara jiran kita, iaitu krabi, THAILAND*

      jgn baca dengan nada y xharmoni..hahaha

      Padam
  2. En shahril....saya kecewa..awk tidak mberi rasa rangsangan kpd saya ketika membaca.sedih la camni hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha. u should learn it! honeymoon nanti senang r nk g oversea..haha

      Padam


Tentang Blog

KSP
Blog ini dijaga oleh Md.Shahril.Bertujuan untuk berkongsi info-info berguna dengan para blogger yang lain.

Para Blogger