Petua Untuk Menghilangkan Migrain

10:54 PG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh para blogger..


Antara petua-petua yang boleh menghilangkan atau mengurangkan sakit migrain:-


  • Merendam tangan kedalam air dingin
    • Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.
  • Berada di dalam bilik gelap
    • Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.
  • Mengambil sedikit Kafein
    • Jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.
  • Carikan bahan-bahan berikut :
    1. kacang hijau
    2. lada hitam
    3. garam kasar
    • Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migrain tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Cas-cas negatif sakit kepala itu mengalir masuk tertarik ke garam, lada dan kacang hijau. Ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.


  • Cara mandi pagi dengan betul
    • Semasa mandi, hendaklah mulakan menyiram dari kaki dengan membaca ayat("wa ja'alna minal maa'i kulla syai'in haiyyin" (rujuk surah al-anbiya ayat 30)) kemudian beransur-ansur naik ke kepala. Elakkan dari mengamal mandi dengan air panas. 


  • Baring kepala dibawah kaki diatas
    • Baringkan badan di hujung katil dan turunkan kepala kebawah selama beberapa minit. InsyaAllah akan berkuranglah sakit migrain.

Harap-harap petua diatas dapat membantu anda untuk mengurangkan/menghilangkan sakit migrain.

Sekian, terima kasih

Sharing is caring

You Might Also Like

2 comments


Tentang Blog

KSP
Blog ini dijaga oleh Md.Shahril.Bertujuan untuk berkongsi info-info berguna dengan para blogger yang lain.

Para Blogger