Trip ke Krabi 2015

12:47 PTG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh para blogger..

Entri kali ini aku nak share dengan korang pasal trip aku ke Krabi.

Untuk ke KLIA2 dari Sungai Buloh, aku memilih untuk menaiki public transport. Sebab senang dan tak payah aku susah-susah hadap jem.haha

Sungai Buloh ----> KL Sentral (KTM RM2.10 seorang)
KL Sentral -----> KLIA 2 (Shuttle Bas RM11 seorang, better beli tiket online lagi murah Skybus)




Kami sampai di KLIA2 pada pukul 3.05ptg dan selesai check in luggage pada pukul 3.20. Kami punya boarding time pada pukul 3.35ptg. Lepas drop bag kami sempat solat dan dengan selamba kami pergi makan dulu. haha kami ingatkan pintu depan ke pintu pelepasan dekat jer. rupa-rupanya jauh betul. ambil masa 10 minit untuk sampai ke pintu pelepasan. Elok kami sampai di pintu pelepasan, pintu sudah tutup. dengan tenangnya kami termenung jauh memikirkan nasib yang tak berapa nak baik ini.hahaha So aku nak share prosedur-prosedur menaiki kapal terbang di KLIA2 dengan korang yang pertama kali naik kapal terbang di KLIA2. Bila korang tahu prosedur-prosedur, so senanglah korang nak bajet masa. Kalau tak bajet masa, nasib korang akan sama seperti aku lah. hahaha.

Prosedur-prosedur berlepas di KLIA2:-
  1. Check in tiket online, kiosk atau dikaunter korang boleh check in sekali dengan luggage) 
  2. Check in luggage untuk yang check in tiket dikiosk atau online(kaunter v, t, dan u)
  3. Masuk ke balai perlepasan:-
    • kastam akan check tiket dan passport
    • passport checking(autogate atau kaunter)
    • scan luggage sahaja
    • scan luggage, beg galas, dompet dan segala logam yang ada dibadan korang seperti jam, tali pinggang dan lain-lain
    • pergi ke gate masing-masing dan tunggu sehingga gate dibuka
nota kaki: pastikan ada di depan gate 30min sebelum boarding time

Penuh dengan dugaan dan rintangan sepanjang perjalanan aku ke krabi ni. hahaha. Selepas termenung jauh memikirkan nasib yang tak berapa nak baik sangat, dengan pantasnya aku pergi ke kaunter sebelah kaunter X15 untuk buat pertukaran tiket. Tapi korang jangan ingat pertukaran tiket dapat percuma, korang still perlu bayar untuk tiket baru(maklumlah beli tiket masa promotion). So bezanya, replacement tiket dengan beli tiket baru adalah HARGA! Beza harga dalam RM200+, dimana replacement tiket lagi murah daripada tiket baru. So aku decide untuk buat replacement tiket walaupun aku tidak rela. hahaha. Dah la tidak rela, ingatkan dapatlah flight pada hari yang sama. Staff airasia bagitau yang flight terlepas itu adalah flight terakhir untuk hari itu. Hancur hatiku menjadi keping-keping setelah kau pergi. hahaha. Tapi setelah berbincang dengan isteri dan member aku, diorang setuju nak ambil tiket flight esok yang paling awal sekali. So dengan itu, terpaksalah kami bermalam di KLIA2. Penat hoiiii. haha

Keesokkan harinya, awal-awal pagi lagi kami bertolak dari KLIA2 ke Krabi Airport. Ingatkan boleh sampai sana ontime(1 jam 25 minit), tiba-tiba pilot buat pengumuman yang kapal terbang tidak boleh landing di Krabi Airport kerana cuaca hujan lebat dan terpaksa landing di Phuket airport sementara menunggu cuaca hujan lebat reda di Krabi Airport. Selepas 1 jam lebih lepak dalam kapal terbang, barulah kapal terbang kami berlepas ke Krabi Airport. Dari Phuket airport ke Krabi aiport mengambil masa 10-15 minit sahaja. 



Sampai di Krabi Airport, kami beratur di kaunter imigresen thailand untuk sesi perkenalan dengan pihak imigresen. hahaha. dengan tenang datang lagi dugaan yang menguji kesabaran aku. hahaha. korang bayangkan pihak imigresen thailand hanya membuka 4 kaunter sahaja untuk beratus-ratus pelancong. Fuhh memang full house lah time tu. Setelah selesai berkenalan dengan imigresen thailand, kami terus pergi ke kaunter untuk cari tiket teksi@shuttle bus. Dibawah adalah harga-harga teksi@bas ke Aonang:-

Shuttle Bas - 150Baht /seorang
Teksi - 600Baht untuk satu kereta (lebih baik naik teksi jika korang berempat )




Perjalanan dari Krabi Airport ke Aonang Goodwill Hotel mengambil masa selama 30minit. Untuk aktiviti, hotel review dan lain-lain lagi, korang bolehlah klik link dibawah ini:-

Hari Pertama di Krabi
Hari Kedua di Krabi
Hari Ketiga di Krabi
Hari Keempat di Krabi

nota kaki: Link diatas akan diupdate dari masa ke semasa

Sekian, Terima kasih


Sharing is caring

You Might Also Like

0 comments


Tentang Blog

KSP
Blog ini dijaga oleh Md.Shahril.Bertujuan untuk berkongsi info-info berguna dengan para blogger yang lain.

Para Blogger