Kamera Sony WX500 Dengan Pelbagai Fungsi Yang Menarik

1:39 PTG


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh para blogger..

Hari ini aku ingin kongsi dengan korang tentang gajet bermata ini. Ha bercakap pasal gajet bermata ini, memang hampir kesemua para blogger memiliki gajet bermata ini. Banyak kegunaan gajet bermata ini untuk para blogger. Senang nak tangkap gambar untuk di letakkan dalam blog masing-masing. So sekarang ini aku sudah memiliki gajet bermata Sony WX500 dengan harga RM1050. Kalau nak ikutkan trend, memang ramai yang gilakan DSLR. Tapi bagi aku, kamera kecil lagi senang nak bawa pergi mana-mana. Lagipun bajet aku untuk kamera ini bwh 1200 je, so SONY WX500 adalah pilihan dihatiku. haha

Kenapa aku boleh jatuh hati pada Sony WX500 ini? Sebab-sebabnya:-
  1. Saiznya yang kompak dan senang untuk dibawa kemana-mana.
  2. Imej yang menggunakan konsep 'true color'. Contohnya kalau warna itu pudar, so dalam kamera pun pudarlah juga.
  3. Kebanyakkan fungsi dalam kamera ini adalah sama dengan DSLR. Tapi bukan 100% sama macam DSLR yer.
  4. Mempunyai 30x optical zoom dan lebih 120x untuk digital zoom. Untuk yang tidak tahu tentang optical and digital zoom. Korang boleh singgah site ini Optical vs Digital Zoom
  5. Menggunakan teknologi lens ZEISS Vario-Sonnar T* Lens
  6. LCD yang boleh dipusing untuk selfie.
  7. Full HD video (XAVC S dan AVCHD) ini memang terbaik.
  8. Mempunyai fungsi NFC(fungsi ini untuk pengguna smartphone sony je). Tapi untuk pengguna android, korang boleh juga mempairkan smartphone dengan kamera secara manual. Korang boleh download applikasi dalam PlayMemories Camera Apps.
  9. Kamera ini juga mempunyai Wifi dimana korang boleh menghubungkan kamera anda dengan televisyen, laptop atau smartphone tanpa menggunakan kabel.
  10. Mempunyai fungsi fast shutter dimana mampu menangkap gambar objek yang sedang bergerak dengan cantik.
Gambar-gambar dibawah ini adalah hasil daripada experiment pertama aku(no edit):-



Cantikkan gambar yang fokus pada objek dan background blur. Dengan kamera ni, korang just klik pada objek yang anda mahu fokus selepas itu capture! Easy and Simple kan? hehehe
Bagi yang meminati kamera yang simple tapi power. Korang bolehlah cuba beli kamera ni. Tak try mana nak tahu power atau tak power. hehehe

Sekian, Terima Kasih

Sharing is caring

You Might Also Like

0 comments


Tentang Blog

KSP
Blog ini dijaga oleh Md.Shahril.Bertujuan untuk berkongsi info-info berguna dengan para blogger yang lain.

Para Blogger